Sunday, April 12, 2009

Pesanan Terakhir Untuk Ahli Dan Pemimpin UMNO

Rujuk Di Bawah
>>
http://Blog1Malaysia.blogspot.com <<
>> http://Blog1Malaysia.blogspot.com <<
>> http://Blog1Malaysia.blogspot.com <<

Wednesday, April 8, 2009

Harapan UMNO, Kekalahan Anwar Dan Kesilapan PAS.

Penyokong UMNO pada peringkat akar umbi, yang tidak mengamalkan etika korporat, merasakan semacam terpinggir. Yang mengamalkan etika korporat pula tidak puas hati kerana kerana tidak cukup habuan.

PAS yang tidak mengamalkan etika korporat dalam cara mereka berpolitik tetapi berpegang terus kepada etika dan nilai tradisi Melayu berteraskan Islam telah berjaya menangguk di air keruh. Kejayaan mereka dalam menambah majoriti dalam pilihan raya 1999 dan 2008 adalah atas sokongan Parti Keadilan Rakyat.

Kes sensasi Anwar Ibrahim turut membantu memenangkan PAS biarpun sebenarnya beliau adalah mangsa politik dan akhirnya ternyata Anwar kalah dan PAS menjadi mangsa keadaan dalam satu perjudian politik yang cukup tinggi pertaruhannya, iaitu jawatan Perdana Menteri.

Sekadar renungan untuk penyokong2 PAS :-)


p/s: 'Post-mortem' pilihan raya kecil 7 April ada di 'komen'

Monday, March 30, 2009

Kalau Tun Boleh Keluar UMNO, Kenapa Generasi Muda Tidak?

Mungkin bagi sesetengah orang telah mengetahui maksud sebenar Tun keluar UMNO tempoh hari.
Dalam politik apa-apa pun mungkin di luar jangkaan. Apa-apa pun maksudnya, politik tetap politik.

Tun telak meletakkan syarat untuk masuk kembali ke pangkuan UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatan Perdana Menteri untuk mengembalikan kegemilangan parti.
Apakah syarat Tun?

Adakah Tun yakin generasi muda akan tertarik kembali kepada UMNO setelah Tun kembali kepada UMNO? Saya tidak yakin :-)
Ditambah lagi, 'mood' pemuda yang juga sudah berkurangan sekarang ini.
Lihat di sini >> http://Forum1Malaysia.blogspot.com

Saya bukannya nak bergaduh dengan Tun. Tapi saya tidak yakin dan tiada pilihan :-)

Monday, March 23, 2009

Tahniah Ali Rustam Dan Norza Zakaria!!

Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria kerana telah menghormati dan menerima dengan hati terbuka tindakan Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka. Anda memang hebat!!

Saya berharap agar penyokong kedua-dua calon berkenaan juga turut akur dan menghormati keputusan Lembaga Disiplin UMNO tersebut demi kepentingan parti.

Berkenaan pemilihan parti, diharapkan perwakilan membuat pemilihan yang tepat demi masa depan UMNO. Tidak perlu wujud rasa tidak puas hati dan berpuak-puak di dalam parti..

Selamat bersidang dan selamat mengundi..

Wednesday, March 18, 2009

PPSMI – RASA CERDIK TAPI KEBODOHAN YANG TERSERLAH

Saya tidak mahu lagi mengulas perkara ini. Ianya terlalu banyak dibahaskan di laman-laman blog dan forum-forum internet. Saya mempunyai pendirian saya sendiri berhubung dasar ini.

Apabila bercakap tentang perkara ini, orang-orang yang menyokong dasar ini akan menyatakan bahawa orang-orang yang menentangnya adalah bodoh sombong kerana kononnya tidak memahami secara tepat tujuan perlaksananya.

Sementara orang-orang yang menentang dasar ini pula akan menyatakan penyokong-penyokong dasar ini yang bodoh sombong kerana tidak dapat menerima pandangan-pandangan rakyat dari akar umbi berhubung dasar ini.


Walaubagaimanapun, sudah menjadi lumrah, hanya pandangan orang-orang yang ‘popular’ dan berpengaruh sahaja yang hanya akan dianggap betul dan mampu menidakkan suara-suara kecil dan pandangan-pandangan minoriti.

Tetapi yang jelas, dasar ini juga turut menyumbang kepada kekalahan teruk UMNO dalam pilihanraya lepas dan PRK Kuala Terengganu.

Entahlah, siapa yang bodoh sombong sebenarnya :-)

Sunday, February 15, 2009

Dilema PRK 7 April : Perangkap BN Atau Bonus PR?

Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak
- Kematian penyandangnya, Roslan Shaharum ( PAS ).
Kekosongan DUN Bukit Selambau
- Peletakan jawatan penyandangnya, Arumugam Vengatarakoo ( PKR ).

Hari penamaan calon – 29 Mac 2009
Pilihan raya kecil akan diadakan serentak pada 7 April 2009.

Adakah ini perangkap?
Adakah ini telah dirancang?
Atau hanyalah sekadar kebetulan.

Yang pasti, kematian penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang bukanlah perancangan manusia :-)

p/s: Pendirian saya berhubung Pilihan raya kecil ini tertulis di ‘komen'

Friday, February 6, 2009

Cara Menangi Kesan Kegawatan Ekonomi

1.Menambahkan bilangan pekerjaan yang dilakukan.
2.Meningkatkan masa bekerja.
3.Menambah bilangan ahli isi rumah yang bekerja.
4.Melakukan kerja-kerja sampingan

5.Corak perbelanjaan juga diubah ekoran daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
6.Perbelanjaan untuk barang-barang yang kurang perlu dikurangkan supaya perbelanjaan bulanan tidak meningkat.

7.Membeli makanan yang lebih murah.
8.Menggunakan perkhidmatan kesihatan kerajaan.
9.Menggunakan kenderaan awam.
10.Berkongsi kereta.

p/s: Tindak Balas Dasar Di ‘Komen’

Hormatlah Sikit Keputusan Sultan

Situasi 1:
- Konflik pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis.
- Sultan membuat keputusan.
- Rakyat akhirnya akur.

Situasi 2:
- Konflik di Perak.
- Pertukaran kerajaan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
- Sultan membuat keputusan muktamat.
- Menteri Besar dan penyokong2 kuat pembangkang tidak akur dengan arahan sultan.

Ulasan:
- Kita tidak perlulah berfikir hanya sebelah pihak sahaja. Fikirkan juga jika kita berada di pihak Sultan. Saya faham mengapa anda tidak boleh menerima keputusan tersebut. Tapi kadang2 Sultan pun perlu menggunakan kuasanya. Kalau tidak, apa gunanya negara berdaulatkan Sultan.
- Terimalah hakikat yang Pakatan Rakyat tidak lagi berkuasa di Perak sepertimana BN menerima kekalahan di PRK Kuala Terengganu.
- Kalau kita menyaman Sultan, samalah kita menyaman bapa sendiri.
- PAS bukanlah majoriti terbesar di negeri Perak.
- Pemimpin perlulah bermaruah. Janganlah nak tunjuk ego tak bertempat.

p/s: Sikit2 nak berdemonstrasi. Lepas tu mengamuk tak tentu pasal. Mengalahkan budak2 pulak. Nampak sangat tak bertamadun. Bertindaklah secara matang dan rasional. Saya harap 'anda' faham :-)