Wednesday, January 28, 2009

PENYAKIT – SINDROM MAT SALLEH CELUP

Bunyi penyakit ni macam kelakar, lawak2 tapi ia satu kenyataan. Jika tak betul2 jaga sindrom yang nampaknya kelakar inilah yang bakal memupuskan bangsa Melayu itu sendiri dari muka bumi.

Kita dah lupa ke Bahasa Jiwa Bangsa?!
Mula2 orang tak suka guna bahasa sendiri akhirnya segalanya perkara yang asal mengenai bangsa itu akan ditinggalkan. Jadilah Melayu Mat Salleh Celup. Terapung2, langit tak capai, bumi pun tak pijak. Macam layang2 putus tali.

Bila hidup dah senang, semua dah boleh pakai kereta Proton Saga atau sekurang2nya Kancil, ramai ‘lak tu yang kerja baik2 jadi professional, alih2 semua Melayu nak jadi Mat Salleh.

Cakap Melayu pun mesti selitkan perkataan Mat Salleh… Maisel (Myself), You, I. Nama pulak dari Sharifah jadi Sherry, Fatimah jadi Tim.

Tak cakap orang putih tak glamour.
Nanti orang kata orang kampung, kolot.
Itu Melayu kebanyakan. Yang si pemimpin pulak tak banyak menolong untuk mempertahankan bahasa dan mempertahankan bangsa dari terus pupus. Malah dia orang yang menggalakkan rakyat untuk melupakan terus bahasa dan ada budaya Melayu.

Tapi dia orang buat bukan cara cakap tapi cara perbuatan.
Cara cakap tak serupa bikin. Si menteri bila cakap suruh daulatkan bahasa, tingkatkan jatidiri bangsa, kononnya.
Tapi tengoklah cara hidup harian dia dengan keluarga :-)





p/s: Sedikit ulasan tentang Pembelajaran Dan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ‘komen’

Tuesday, January 20, 2009

Obama – Kejutan Bukan Lagi Mustahil

Faktor kemenangan :-

1. Karisma – lebih menyerlah walaupun masih muda dan baru empat tahun dalam politik kebangsaan Amerika sebagai Senator.

2. Kebencian – kepada Presiden George W Bush dan parti Republikan, khasnya mengenai penaklukan Iraq.

3. Krisis Ekonomi - yang melanda Amerika (dan dunia) bermula dengan krisis sub-prima akhir tahun.

4. Pengundi muda - Peningkatan pendaftaran pengundi muda dan pengundi kali pertama, khasnya apabila Obama memang pencalonan parti Demokrat.

Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional

Parlimen milik BN = 6 ( Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Dungun, Setiu, Besut )
Parlimen milik PAS = 2 ( Marang, Kuala Terengganu )

Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu:
PAS = 32,883
BN = 30,252

Faktor Kekalahan BN:

-Faktor calon

-Serangan peribadi pemimpin BN

-Sikap berpuak2 dalam negeri

-Sedikit Isu bahasa dan rasuah

Ulasan:

  1. Dengan undian sebanyak 30,252 kepada calon BN, jelas menunjukkan bahawa pengundi di sana tidak menolak BN. Dan masih memberi peluang ke-2 untuk UMNO membuat perubahan dan mereka masih sayangkan UMNO. Mungkin ada ‘sesuatu’ yang bermain difikiran mereka untuk membuat keputusan yang terlalu sukar untuk saya terjemahkan.
  2. Walaupun pembangkang yang menang, dengan majoriti agak rendah jelas menunjukkan Pakatan Rakyat bukanlah pilihan mereka. Sepatutnya mereka boleh memperolehi majoriti luar biasa atau lebih 7,000 jika pengundi di sana menyokong dasar mereka memandangkan faktor kekalahan BN di atas jelas lebih banyak condong atau memihak kepada mereka.
p/s: Ada pesanan ‘penting’ di ‘komen’

Tuesday, January 6, 2009

JOM BOIKOT BARANGAN AMERIKA

Langkah-langkah Untuk Memboikot barangan atau produk Amerika:

1- Buat 'list' atau senaraikan barangan mereka yang sentiasa kita guna. Senarai tersebut boleh diperolehi dari mana2 website.
2- Setelah mengenalpasti produknya, pastikan kita tidak lagi membeli produk mereka dan makan atau pergi ke tempat mereka.
3- Yang sudah ada pada kita, kita habiskan setakat itu sahaja.
4- Pastikan secara tepat di mana tempat2 mereka.

Yang selebihnya, kita hanya mampu menderma dan berdoa untuk mangsa2 di Palestin..