Penyokong UMNO pada peringkat akar umbi, yang tidak mengamalkan etika korporat, merasakan semacam terpinggir. Yang mengamalkan etika korporat pula tidak puas hati kerana kerana tidak cukup habuan.
PAS yang tidak mengamalkan etika korporat dalam cara mereka berpolitik tetapi berpegang terus kepada etika dan nilai tradisi Melayu berteraskan Islam telah berjaya menangguk di air keruh. Kejayaan mereka dalam menambah majoriti dalam pilihan raya 1999 dan 2008 adalah atas sokongan Parti Keadilan Rakyat.
Kes sensasi Anwar Ibrahim turut membantu memenangkan PAS biarpun sebenarnya beliau adalah mangsa politik dan akhirnya ternyata Anwar kalah dan PAS menjadi mangsa keadaan dalam satu perjudian politik yang cukup tinggi pertaruhannya, iaitu jawatan Perdana Menteri.
Sekadar renungan untuk penyokong2 PAS :-)
p/s: 'Post-mortem' pilihan raya kecil 7 April ada di 'komen'
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Di bawah adalah jenaka saya bersama seorang kawan berhubung PRK 7 April..
Kawan : Gapo dio pulak ‘pos-moteng’ kali ning pok cik weh?
Saya : Kenapa panggil saya pok cik pulak? Kan saya ni muda remaja lagi kan..
Kawan : Hihihi!! Takdelah. Gurau je. Takpelah, kawe memang dah tahu pun ‘pos-moteng’ tu..
Saya : Eh!! Eh!! Kurang asam betullah dia ni.
Kawan : Maaflah ye!
Saya : Ok. Takpelah. Lain kali jangan buat lagi :-)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda fikir anda telah berjaya ataupun anda telah gagal, anda perlu berhati-hati. Mungkin anda dalam bahaya.
Hidup dan perjuangan adalah satu perjalanan, bukannya satu destinasi.
1 Impian. 1 Wawasan. Suara 1 Malaysia
Blog1Malaysia
Forum1Malaysia
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
salam saudara..
saya ada kenal dgn datuk..datuk nie kuat UMNO...kuat UMNO bukan kerana perjuangan..tapi kerana projek..datuk nie dah lama masuk umno..dah dekat 25 tahun..
satu hari datuk berbual dgn saya..mengenai anwar ibrahim..sebelum datuk nie bercerita saya beranggapan datuk ini akan mengutuk anwar ibrahim..ye lah ..datuk nie kuat umno..tapi sebaliknya
datuk nie kata dgn saya..selepas anwar ibrahim di lepaskan dr penjara..pihak BN pernah memanggil beliau(sebab dulu beliau rapat dgn anwar)untuk mencari bukti2 kesalahan rasuah anwar ibrahim.. BN mencari bukti walaupun kesilapan kecik seperti pemberian tender kepada sedara ke..tapi datuk nie kata..bn tak jumpa apa2 kesalahan anwar ibrahim semasa anwar menjadi TPM dan menteri... datuk nie kata beliau kagum dgn anwar ibrahim yg jujur berjuang utk rakyat..
saya pun tak tahu datuk nie menipu atau tidak..tapi datuk nie org kuat umno dan sering mendapat projek mega mengenai sukan... dan perhimpunan umno yg baru nie pun beliau segak berbaju melayu dan menaiki BMW 7 series...utk mendapat projek...
terpulang kepada saudara..nak percaya atau tidak...
AngahTerima kasih di atas cerita anda..
SELOKA BILA WAKIL RAKYAT BERTUANKAN KRONI DAN SUKU SAKAT
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang kampung menderita
Orang kampung makin ditindas
Orang kampung dianaktiri
Orang kampung susah nak makan
Orang kampung pun mula dok yakin…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Rakyat hilang tok wakil
Rakyat jadi kacau bilau
Rakyat mula hentam kerajaan
Rakyat mula naik marah
Rakyat juga sakit hati
Rakyat mula buat onar
Rakyat hilang keyakinan
Rakyat dok nok pakoh parti lagi…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Mahasiswa pulak sakit hati
Mahasiswa lancar demonstrasi
Mahasiswa makin radikal
Mahasiswa makin lantang bersuara
Mahasiswa pulak hentam kerajaan
Mahasiswa jadi kroni pembangkang
Mahasiswa dok nok kerajaan lagiiiii…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang parti pun mula marah
Orang parti dok leh projek
Orang parti sakit hati
Orang parti angkat kaki
Orang parti pun dok nok kerajaan
Orang parti pun nok masuk pembangkang....
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Kerajaan BN pun akan BE END……..
Post a Comment