Wednesday, March 18, 2009

PPSMI – RASA CERDIK TAPI KEBODOHAN YANG TERSERLAH

Saya tidak mahu lagi mengulas perkara ini. Ianya terlalu banyak dibahaskan di laman-laman blog dan forum-forum internet. Saya mempunyai pendirian saya sendiri berhubung dasar ini.

Apabila bercakap tentang perkara ini, orang-orang yang menyokong dasar ini akan menyatakan bahawa orang-orang yang menentangnya adalah bodoh sombong kerana kononnya tidak memahami secara tepat tujuan perlaksananya.

Sementara orang-orang yang menentang dasar ini pula akan menyatakan penyokong-penyokong dasar ini yang bodoh sombong kerana tidak dapat menerima pandangan-pandangan rakyat dari akar umbi berhubung dasar ini.


Walaubagaimanapun, sudah menjadi lumrah, hanya pandangan orang-orang yang ‘popular’ dan berpengaruh sahaja yang hanya akan dianggap betul dan mampu menidakkan suara-suara kecil dan pandangan-pandangan minoriti.

Tetapi yang jelas, dasar ini juga turut menyumbang kepada kekalahan teruk UMNO dalam pilihanraya lepas dan PRK Kuala Terengganu.

Entahlah, siapa yang bodoh sombong sebenarnya :-)

3 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...

Ingat!!
Bukan pemimpin anda,
Bukan perwakilan,
Bukan pembodek,

Tapi kuasa rakyatlah penentu kemenangan di pilihanraya..
Suara rakyat suara keramat..














p/s: Menidakkan suara rakyat…. Ada orang nak kalah lagi :-)

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

Hasbullah Pit said...

Saya dah baca semua tujuan PPSMI itu dilaksanakan, tetapi saya tidak bersetuju dengannya.

Perlukan memahami segala penjelasan dan wajib bersetuju?

Faizal Zakaria's Blog said...

Wajib? Takdelah..

Setiap orang tentu ada pandangan dan pendapat masing2.. :-)