Situasi 1:
- Konflik pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis.
- Sultan membuat keputusan.
- Rakyat akhirnya akur.
Situasi 2:
- Konflik di Perak.
- Pertukaran kerajaan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
- Sultan membuat keputusan muktamat.
- Menteri Besar dan penyokong2 kuat pembangkang tidak akur dengan arahan sultan.
Ulasan:
- Kita tidak perlulah berfikir hanya sebelah pihak sahaja. Fikirkan juga jika kita berada di pihak Sultan. Saya faham mengapa anda tidak boleh menerima keputusan tersebut. Tapi kadang2 Sultan pun perlu menggunakan kuasanya. Kalau tidak, apa gunanya negara berdaulatkan Sultan.
- Terimalah hakikat yang Pakatan Rakyat tidak lagi berkuasa di Perak sepertimana BN menerima kekalahan di PRK Kuala Terengganu.
- Kalau kita menyaman Sultan, samalah kita menyaman bapa sendiri.
- PAS bukanlah majoriti terbesar di negeri Perak.
- Pemimpin perlulah bermaruah. Janganlah nak tunjuk ego tak bertempat.
p/s: Sikit2 nak berdemonstrasi. Lepas tu mengamuk tak tentu pasal. Mengalahkan budak2 pulak. Nampak sangat tak bertamadun. Bertindaklah secara matang dan rasional. Saya harap 'anda' faham :-)
Friday, February 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Terimalah hakikat kalau perkara tersebut telah jelas dan nyata.
Kadang2 perkara yang sukar untuk ditelan adalah berpunca daripada diri kita sendiri.
DULU rakyat taat raja dan negara
KINI rakyat sudah berani menderhaka.
DULU rakyat suka melihat Raja
KINI Raja tidak lagi utama di mata
DULU rakyat merasa diri laksana hamba
KINI rakyat merasa dirinya RAJA
DULU rakyat tak berani menatap mata
KINI raja pula tunduk sebak di dada.
DULU Raja tetap Raja seluruh warga
KINI Raja dihina dicaci oleh munafik dan kafir termasuk alim ulama baginda
Teringat ambe kisah....pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat......
walaupun ambe tidak dilahirkan pada masa itu.....itulah...Kesetiaan Hang Tuah...Tuah.....Oh...Tuah.....dimanakah...roh...mu..
Rakyat skg dh makin pandai. Semenjak berkawan dgn hamlau² dr Majlis Peguam ni, makin ramai plak yg makin berani dan tak takot.
Melayu plak tu yg jd gitu. Bangsa lain dok gelakkan kite je
hari tu kata akan akur dgn sekala keputusan sultan. tahu yang sultan akan buat keputusan yang bijak
tp bila keputusan tidak memihak, mintak jadi penderhaka
ini munafik
Assalamulaikum anak anak semua,
Benar cakap rakan kamu reez, sejak berkawan dengan Majlis Peguam dan turun naik Mahkamah dengan mereka sejak sepuluh tahun yang lalu, ada orang Melayu sendiri fikir dan 'rasa' mereka telah terlalu bijak dan mahu memperlekehkan Pemimpin dan terbaru Sultan sendiri.
Bayangkan menyaman Sultan Sendiri!! Tak terlintas di fikir manusia segenari Mak Cik perkara ini akan berlaku.
Nizar lupa dia jadi MB Sebab Undang Tubuh Perak dan Perkenan Sultan. Undang Tubuh Perak mewajibkan Seorang Melayu Islam sebagai MB. Sebab itu DAP tak boleh jadi MB. Kalau tidak DAP yang takbir Perak dan ada Chief Minister Perak lepas Mac 08 lalu.
kesetiaan tuah xkena pada tempatnya...sejarah dah membuktikan yang melayu takut pada raja...
kenapa diturut kata raja kalau xkena pada tempatnya?
raja melayu pantang ditegur...
"raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"
Nak salahkan sape kerana yang melompat tu ADUN PKR dan DAP. Macamana dan apa sebab dia melompat itu persoalan yang lain sepatutnya mereka sendiri membuat post mortem. Politik tetap politik matlamat adalah kuasa. seni segala kemungkinan. Siapa cepat dia dapat. So orang sendiri yang belot yang mengubah majoriti didewan, Sultan tengok dari segi majoriti je lah dan buat keputusan. Yang depa nak marah Sultan apa pasai dia buat keputusan atas senario yang ada bukan saje atas kertas tetapi siap dengan physical count lagi.
Pendek kata Sultan dah tuntut bukti mane majoriti kamu. so BN dah tunjukan 28 BN dan 3 BEBAS yang mengaku secara live dari mulut mereka menyokong BN. Sultan dengan yakin bahawa mereka itu berjumlah 31 orang(cukup majoriti mengalahkan sebelah sana 28) dihadapan ramai saksi, maka dibuat lah satu keputusan yang betul sebetul2nya (Tapi dicabar oleh peguam Karpal).
Cara 3 ADUN BEBAS melompat itu Sultan tak ambil tahu itu kau orang politik punya bidang samada melompat ke ape ke (macam Tom & Jerry punya kartun). Sultan tak campur politik.
Depa ada Argument lagi tentang kesahihan 2 ADUN letak jawatan kat speaker ,perkara tu kan dah ada precedent case surat letak jawatan tak bertarikh dan dibuat masa selepas pilihanraya tak sah.Tun Mahathir pun ada komen hal ini.
Kesimpulan nya apa pasal Sultan jadi sasaran. Seeloknya orang politik main atas pentas politik jangan libatkan sultan.
Pesanan kepada PR next time calon tu ditapis dulu sebelum dipilih bertanding. Alasan dipujuk dan lain2 tak boleh diterima kerana pejuang tidak akan termakan pujukan. Jangan salahkan sape2 cempedak dah jadi nangka.
Saya cadangkan kita bersatu/bergabung je (kecuali DAP) macam proses pembentukan BN dulu oleh ayah Dato Najib. Mungkin ini boleh dilakukan oleh Dato' Najib sebagai anak mengulangi kehebatan ayah nya yang boleh menyatukan parti2 politik yang tak sehaluan. Kurang lah politicking tumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat terutama masa sekarang ini banyak yang hilang pekerjaan. Ingat lah takde apa yang boleh di fikir,dibuat,diperjuang jika perut lapar. sekian wasaalam
Nak xnak komen tapi nak komen jugak.
Saya baru blk dari kerja outstation kt Ipoh Jumaat lalu.
Kecoh jgk saya sampai dlm pkl 8 mlm. Habis semua jalan ditutup & roadblock sana-sini sampai Hotel yg saya book di Casuarina tu x boleh nak masuk. Pusing punya pusing masuk jalan one-way.
Malu saya tengok Melayu sama Melayu bergaduh. Yang bertepuk tangan si Dalangnya. Siapa mereka?
Sendiri mau ingat.
Elok jugak UMNO amik balik Perak.
Kalau dah tanah Melayu kerajaan PKR bagi kat Cina apa cerita?
Sendiri mau ingat kepala PAS Islam tapi DALANGnya.
Ramai ke Melayu baca suratkhabar 'omputih' (TheSun, The Star) ? Tengok apa & sapa dok caci Melayu Betui ka Melayu ni malas konon?
Kalau pasai bangsa/agama depa sensitif?
Tapi dok caci agama/bangsa kita dalam suratkhabar depa xpa.
Sebab tu xdak IPCI (Islamic Propagation Centre International) kat Malaysia. Sebab kita takut nak berdakwah & takut agama lain xdpt terima kenyataan bila dibuat 'Falsification Tests'.
Kita sebagai Muslim tidak akan mengangkat bangsa lain sebagai saudara selagi mereka bukan Muslim.
Apalagi soal politik/pemerintahan.
Bacalah tafsir Al-Quran semoga mendapat segala penjelasannya. Kenapa & Mengapa semuanya di dalamnya.
DAULAT TUANKU
Tok Perai..
Hang Tuah takut nak keluar..
Hang Lekir ada kot :-)
daulat tuanku..hidup melayu
Post a Comment