Sunday, February 15, 2009

Dilema PRK 7 April : Perangkap BN Atau Bonus PR?

Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak
- Kematian penyandangnya, Roslan Shaharum ( PAS ).
Kekosongan DUN Bukit Selambau
- Peletakan jawatan penyandangnya, Arumugam Vengatarakoo ( PKR ).

Hari penamaan calon – 29 Mac 2009
Pilihan raya kecil akan diadakan serentak pada 7 April 2009.

Adakah ini perangkap?
Adakah ini telah dirancang?
Atau hanyalah sekadar kebetulan.

Yang pasti, kematian penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang bukanlah perancangan manusia :-)

p/s: Pendirian saya berhubung Pilihan raya kecil ini tertulis di ‘komen'

13 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...

Memandangkan terlalu ramai ‘askar upahan’ sama dari kerajaan atau pembangkang yang sentiasa memantau ketiga-tiga laman blog saya dan jumlah pengunjung bakal mencecah 3 juta orang, untuk mengelakkan sebarang provokasi yang bakal ‘direka’, saya akan menyatakan pendirian saya berhubung pilihan raya kecil ini dan masa depan UMNO hanya pada 28 Mac ataupun sebelum penamaan calon. Saya akan mengumumkannya di Terengganu.
















+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hanya orang yang ‘membaca’ mampu mengubah dunia.
( Lord Chesterfield )

Apabila kita melakukan sesuatu perlu ada sebab bagi melakukannya. Tetapi apabila kita menggunakan cara yang salah, kita tetap ‘melanggar dinding’.
( Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah )

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Faizal Zakaria's Blog said...

Cerita Dell – Antara Wawasan Besar Dan Idea Gila.

Majalah Fortune mengisahkan Michell Dell adalah manusia terkaya di bawah umur 40 tahun dan menduduki tempat kelima orang terkaya di dunia. Adakah kita fakir Dell kaya tanpa wawasan?

Kisah Dell bermula pada satu musim panas sekitar akhir 70-an, apabila dia diterima masuk ke universiti. Dia mula membeli komputer keluaran IBM dan Apple. Dia mempertingkatkan keupayaan komputer itu sehingga pada waktu itu dia sudah menjual kembali komputer itu kepada pelanggannya dengan memori dan cakera keras yang jauh lebih besar daripada yang ditawarkan oleh pasaran pada masa itu. Bilik asramanya berserabut dengan perkakasan komputer. Beberapa bulan sahaja dia mampu menjual banyak komputer kepada pensyarah dan ahli perniagaan tempatan sehingga dia banyak ponteng kelas.

Apabila semester akhirnya tiba, ayahnya bertanya kepada Dell selepas sarapan pagi. “Dell, apa perancangan kamu selepas ini?” Dell menjawab, “saya ingin menandingi IBM.” Ayahnya tersentak dan berkata, “Apa?” Sebagai seorang bapa yang sudah tua, ayah Dell mengharapkan jawapan yang menyenangkan hatinya dan bukan jawapan yang mampu menyentap jantungnya. ( Orang Melayu kata ukur baju di badan sendiri )
“Kamu tahu tidak apa itu IBM?” Tanya ayahnya. “Bukankah IBM itu syarikat besar dengan pekerja mencecah puluhan ribu orang?” Jawab Dell, “Ya, saya tahu.”

Ayah Dell bertanya lagi dengan dada yang sesak, “ Bukankah lebih baik kamu bekerja dengan IBM dan mendapat gaji bulanan ?” Dell tidak menjawab cuma melemparkan senyuman kepada bapanya. 20 tahun daripada peristiwa itu, bapanya Dell melihat dengan matanya sendiri bagaimana anaknya membina wawasan yang dikatakan selepas makan sarapan itu.

Bermula daripada premis berkeluasan 3000 kaki persegi berpindah ke kilang pemasangan berkeluasan 30,000 kaki persegi sehingga menjadi penyelia perkhidmatan jualan terus komputer peribadi terbesar di dunia. Lebih daripada itu dia mengotakan kata-katanya iaitu dia bukan sahaja berjaya bersaing dengan IBM bahkan dia berjaya menandingi IBM!

Menurut Dell tiada beza langsung antara wawasan besar dan idea gila. Berdasarkan pengalamannya dia percaya wawasan besar mesti ada sifat gila dan berisiko. Dell membayar harga kejayaannya dengan keazaman dan wawasan diri. Sifat yang sama membezakan antara individu menarik ataupun tidak.

Suatu hari Dell ditanya oleh seorang pelajar universiti mengapa tidak dijual sahaja semua sahamnya dan bersantai sahaja di kepulauan Caribbean dengan kapal terbang dan kapal layer peribadi. Dia menjawab, “Tahukah kamu keseronokan membina idea gila yang diketawakan orang malahan ahli keluarga sendiri dan kemudian jadi empayar yang sangat hebat?” Dell menyambung, “Pada masa itu barulah orang katakan ia sebagai gagasan hebat dan wawasan besar! Ia berpuluh kali ganda lebih menyeronokkan daripada bersantai di pulau2 Caribbean.










p/s: Banyak lagi idea gila seperti kejayaan Bill Gate dan hikmah dalam peristiwa Nabi Daud a.s dan Jalut.

p/s: Beranilah bercita-cita kerana orang yang tidak berani bercita-cita adalah orang yang tidak berani menanggung risiko dan kegagalan.

MAT KABO said...

Jika melihat dengan mata, lihatlah juga dengan mata hati, jika memilih dengan tangan pilihlah dengan sentuhan naluri, dan jika terhidu bau, perhati, amati dan telitilah, bau yang harum dan sewangi kasturi adalah bauan mulut orang berpuasa. Jika berjuang, berjuanglah untuk agama bangsa dan negara. Jika beraja jadilah rakyat yang setia. Jika berpegang peganglah pada janji dan tali yang kukuh adalah tali Allah. Hanya UMNO memiliki budi, memiliki pekerti dan ketertiban.

Tampoi said...

mat kabo,tapi umno perlu juga pembangkang.pembangkang yan membina dan boleh memberi nasihat.jika umno tiada pembangkang,orang2 atas kita akan membuat sesuatu ikut kata hati dan perasaan sahaja.cth sudah nyata.kemenangan besar pada pru11 membuat orang umno lupa diri dan lupa tanggungjawab.tidak semuanya la kan.tapi walaupun segelintir,rakyat tetap tidak berpuas hati.itu lumrah manusia,lebih nampak keburukan dari kebaikan.jadi jadikan la ape yang berlaku sekarang ini sebagai pengajaran untuk masa depan.

abdrahim kassim said...

Hang nak umum apa? Nak masuk PAS ke?

Terima kasih no, datang juga hang lawat aku.

Z-MAY said...

perangkap ada dimana2. bonus belum tentu...

Z-MAY said...

semuanya kebetulan yang mendorong kepada kesedaran dan keinsafan. Tapi dah insaf ke melayu..? Setahu saya, Melayu tak pernah insaf... dengan kebebalan dan mudah diperdayakan..

burujerdi said...

Salam Ukhuwah,

Salam Perkenalan kembali Faizal. Semoga kita dapat sama-sama meningkatkan ilmu dan amalan untuk mengembalikan jatidiri bangsa Melayu.

Faizal Zakaria's Blog said...

Abdrahim Kassim,

Pandai2 je teka… Nanti semua meleset :-)
Memanglah saya suka kat Abdul Hadi tu tapi saya takkan masuk PAS.
Akhlak penyokong2 PAS tak berapa elok….

Bagi orang2 PAS kesalahan hanya ada dan terlihat pada diri orang lain…
Tidak sama sekali pada orang dan parti PAS :-)



Saya akan terus bersama UMNO kerana hanya UMNO yang berjuang menentang Malayan Union dan memberi kemerdekaan kepada Negara ini..

Fahmy said...

salam.....bg saya apa berlaku di Perak adalah satu masalah besar masa depan umno..3 adun yang beralih angin yang 2nya pula bermasalah..seandainya mahkamah memutuskan mereka tak bersalah..rakyat akan percaya kerajaan mempengaruhi keputusan mahakamah sekalipun tidak benar. Bg saya..ia malapetaka PRU 13.Namun krisis di Perak mungkin ramai yang hanya tahu artikel 16/6 tapi ramai yang tak tau 16/4 dimana Sultan Perak boleh menepikan mana undang2 tubuh negeri perak..saya bukanlah peguam tapi perkara itu disebut oleh pakar perlembagaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Apa nak saya nak tegaskan disini umno akan hadapi masalah kepercayaan rakyatnya

Arthas said...

bez la baca blog ko...

mcm lawak antarabangsa...

terima kasih krn menyediakan wadah utk aku bergelak - tawa..

terima kasih

Faizal Zakaria's Blog said...

Arthas,

Terima kasih sebab best baca blog saya :-)

Faizal Zakaria's Blog said...

Saya dah umumkan melalui sms malam 29hb :-)