Tuesday, January 20, 2009

Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional

Parlimen milik BN = 6 ( Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Dungun, Setiu, Besut )
Parlimen milik PAS = 2 ( Marang, Kuala Terengganu )

Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu:
PAS = 32,883
BN = 30,252

Faktor Kekalahan BN:

-Faktor calon

-Serangan peribadi pemimpin BN

-Sikap berpuak2 dalam negeri

-Sedikit Isu bahasa dan rasuah

Ulasan:

  1. Dengan undian sebanyak 30,252 kepada calon BN, jelas menunjukkan bahawa pengundi di sana tidak menolak BN. Dan masih memberi peluang ke-2 untuk UMNO membuat perubahan dan mereka masih sayangkan UMNO. Mungkin ada ‘sesuatu’ yang bermain difikiran mereka untuk membuat keputusan yang terlalu sukar untuk saya terjemahkan.
  2. Walaupun pembangkang yang menang, dengan majoriti agak rendah jelas menunjukkan Pakatan Rakyat bukanlah pilihan mereka. Sepatutnya mereka boleh memperolehi majoriti luar biasa atau lebih 7,000 jika pengundi di sana menyokong dasar mereka memandangkan faktor kekalahan BN di atas jelas lebih banyak condong atau memihak kepada mereka.
p/s: Ada pesanan ‘penting’ di ‘komen’

15 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...

Pemimpin UMNO jangan ‘ego’ dan menyindir
serta memperlekehkan
pemimpin bawahan dan suara rakyat. Takut2 peluang ke-3 sudah tiada :-)

‘Mereka’ tidak mahu belajar daripada kesilapan masa lepas sama ada yang dilakukan oleh orang lain atau diri sendiri, bahkan cepat lupa
dan berulang melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai orang ramai yang akhirnya membawa penyesalan yang besar kepada dirinya… Fikir dan renung2kan..












p/s: ‘Hantu’ dari mana pulak yang telah menolong PAS ;-)
p/s: Jangan buat 'post-mortem' banyak2 kalau hasilnya tetap sama... Tidak mahu mengakui dan menerima hasil 'post-mortem' tersebut :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Permatang said...

Salamz
Masalah nya orang-orang UMNO ni tak paham2 ker rakyat memang dah menolak UMNO?media kerajaan je kata UMNO boleh menang.Tu untuk menyedapkan hati jer tapi sebalik nya rakyat tak baca dah media kerajaan ni.Baik baca blog / sumber internet lagi boleh percaya.
TQ

ladybird said...

Faizal teruskan usaha anda...Yang penting kita jgn jadi seperti mereka, baru menang dgn majoriti sedikit sudah RIAK dan TAKBUR. UMNO perlu bekerja keras dari sekarang...serta perlu ikhlas dan jujur....

Faizal Zakaria's Blog said...

Bukan mcm tulah 'permatang'..
Terpulanglah kat u nak terima atau tidak...

Kalau u tak percaya, mari sendiri kat sini... Tanya sendiri kat mereka :-)




Sedap hati apa bendanya. Mungkin u yang nak sedapkan hati ;-)

Faizal Zakaria's Blog said...

Terima kasih banyak2 'ladybird'...
Semoga sama2 berjaya :-)

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

faizal... caya lu lah

tapi kalau umno kuat kerja 24 jam dan dengan bantuan umno pak angkat...otai rasa bn akan menang 300 undi

tapi tu lah... ada benda tersirat antara bn negeri dan bn pusat yang sukar nak dileraikan...khasnya sikap mb yang agak vokal sikit dengan pusat kan!!!!

abdrahim kassim said...

Faizal,

Dalam PRU 12 dulu BN menang dengan majoriti 628. Kali ini dalam PRK BN kalah dan PAS menang dengan majoriti 2,631.

PRU 12 BN dapat undi 32,562. PRK ini BN dapat undi 30,262. Ini bererti 2,000 lebih undi BN hilang.

Soalnya sekarang kemana perginya undi itu? Sudah tentulah kepada pembangkang yang mendapat majoriti lebih 2 ribu.

Pengundi BN memanglah masih banyak iaitu 30 ribu lebih. Tetapi kalau pembangkang dapat 31 ribu sahaja BN tetapi kalah.

Soal kubu kuat ke, tak kuat ke tidak timbul. Dalam sistem pilihanraya di Malaysia ini kalau dapat majoriti 1 undi pun sudah dikira kalah.

Untuk menjadi ahli politik yang berjaya, adik faizal jangan berfikir seperti itu.

Kita mesti berfikif secara objektif. Kalau kita kalah, cari sebabnya apa punca kekalahan itu.
Kalau boleh baiki, perbaiki cepat-cepat sebelum PRU 13 sampai.

Kalau rasa-rasa tak boleh, tinggalkan sahaja parti itu. Cari parti lain. heh.heh.heh....

gurau je....kerja lebih kuat untuk PRU 13.. ok

hk said...

Sdr Faizal

Dalam demokrasi, siapa yang dapat undi lebih, walaupun 1, dia adalah pemenang nya. Kita kena akui PAS menang di KT. Pas menang kerana mentera dan sarkasnya lebih hebat dari BN.

Politik hari ini adalah mengenai mentera dan sarkas, itu yang rakyat nak lihat. BN = Barang Naik kata orang PAS, rakyat terbeli kata-kata macam ini.

Perkataan BN sudah jadi liabiliti. Saya yakin kalau Wan Farid guna lambang dan bendera UMNO, dia akan mendapat undi yang lebih baik.

DS Najib kena belajar kenapa bapanya tukar nama Perikatan kepada BN. Kini sudah tiba masanya BN itu ditukar dengan nama lain, kalau Tun Razak tahu rebranding pada tahun 70an, saya akan pelik kalau pemimpin UMNO sekarang tak faham perkara itu.

Wallah Hualam

Perawi said...

tak sesuai lagi & kena tukar UMNO (United ...nama org putih) penyambung dasar penjajah dan UMNO - Untuk Melayu NO

perunding said...

baguslah faizal,cakap lembut gini.
telinga jadi segar nak dengar.

Faizal Zakaria's Blog said...

'Otai'

Tersurat ke.. Tersirat ke..
Majoriti semua orang dah tahu..

Nak jadi orang bisu sampai bila :-)

Faizal Zakaria's Blog said...

'abdrahim kassim'

Saya faham maksud u tu..
Banyak org banyak ragam..

Ini pendapat saya..
Semua org ada hak masing2 untuk menjelaskan perkara ini..
Masing2 perlu menghormati pendapat orang lain..

Saya terima kemenangan PAS tu..
Saya tak kata pun BN menang :-)

Yang saya sebut tu... Kira punca2 kekalahanlah jugak..
Itu yang saya dapat.. Kalau nak tulis semua, 'lawan taukey' pulak nanti :-)

Soalan objektif, kalau nasib baik, 'tembak' pun betul..
Tapi soalan subjektif memerlukan ketepatan isi ;-)





Boleh lagi guna tulang empat kerat..Tak bolehlah Tinggalkan UMNO..
firasat saya jelas menyatakan.. dot dot dot ..... InsyaAllah.
Itu bukanlah hak saya untuk menentukannya.

Ok.. Tkasih.. Saya akan sentiasa bekerja kuat untuk parti :-)

Faizal Zakaria's Blog said...

'hk'

Kalau tukar parti beratus kali pun, kalau sikap tak tukar tak jadi apa jugak..

Parti tak salah..
UMNO tak salah..
PAS pun tak salah..
Apa yang salah adalah lebih penting?

Bukan pada nama tapi perlaksanaan..
Kalau tak tukar nama pun, sikap atau perubahan lain kita boleh buat, lebih baik :-)

Faizal Zakaria's Blog said...

'perawi'

Nama melayu : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Kita kena redhalah yang tu.. Sebab masa zaman dulu pun sekolah orang putih je.. Pentadbiran pun orang putih.. Fikir logik. Memang pemimpin masa tu terpaksa buat nama macam tu..

Faizal Zakaria's Blog said...

Terima kasih 'perunding'..

Saya harap pun semua suka mendengar :-)