Friday, October 31, 2008
Semangat Tinggi Di Mesyuarat Pertama
Saya juga dapat membaca bahawa dia bersama2 rakan2 AJK yang lain sangat bersemangat untuk membawa perubahan kepada cawangan kami dan parti Barisan Nasional terutamanya.
Selamat berjuang saya ucapkan kepada semua :-)
Marahkan Nyamuk, Kelambu Pula Yang Dibakar
Akan dirombak semula?
Apa rasionalnya bila seorang exco bertanding di bahagian dikatakan tidak mengikut arahan dan akan disingkirkan?
Bagaimana pula dengan tiga exco yang lain yang turut bertanding di peringkat bahagian?
Pelik tapi benar :-)
Macam2 gelagat sekarang ni..
Teringkat pula masa zaman sekolah. Warden tak denda dua orang pelajar. Kesian... Tak adil betul ;-)
p/s: bebas dan berkecuali… kalau duk sibuk main, aku orang ni, aku orang tu, bila UMNO ok… lebih baik akui dan terima kalau ada kebenaranya :-)
Wednesday, October 29, 2008
TIADA HEBATNYA DEBAT TERBUKA
Tiada hebatnya debat terbuka…
Calon2 hanya menonjolkan kekuatan diri sahaja. Takut untuk menyatakan kebenaran yang sebenar. Samada ‘direct’ atau ‘berlapik’, kemungkinkan perdebatan hanya akan menekan pihak lawan.
Tiada hebatnya debat terbuka…
Akan lahir pemimpin kelas dua. Pemimpin hanya tahu dan pandai bercakap sahaja. Kemahiran bekerja ditolak tepi. Jika perkara ini yang dididik kepada generasi muda, ia akhirnya akan membawa kerugian kepada negara.
Tiada hebatnya debat terbuka…
Ia hanyalah gimik politik bagi sesetangah pihak. Ia sekadar untuk menidakkan kewibawaan calon yang berada di luar pemuda. Kenapa baru sekarang mahu dilakukan? Sepatutnya ia perlu dilakukan dari peringkat cawangan lagi. Kemudian ke peringkat bahagian. Kalau dibuat untuk sekadar dua atau tiga orang sahaja, tiada maknanya :-)
Ia hanya mengambarkan pendirian calon2 yang sememangnya sudah mempunyai kepentingan, bukan dari akar umbi.
SAYA AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN
Saya akan pastikan UMNO dan Barisan Nasional mendapat tempat di kalangan generasi muda :-)
Monday, October 27, 2008
KURA2 MENGELUARKAN BUNYI ‘BUNDAK2 MERAJUK’
Saya sangat terkilan dengan permainan sesetengah orang politik.
Pemimpin UMNO seharusnya meneliti secara jelas dan tepat, kenapa generasi muda semakin jauh dari UMNO.
Mereka patut mengetahui secara tepat kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang untuk setiap tindakan yang diambil.
Saya dapati ruang untuk mereka sangat terbatas. Mereka sangat sukar untuk menonjolkan diri dan melontarkan pendapat.
Jika ada peluang sekali pun, awal2 lagi sudah ‘dicantas’ oleh ‘senior’.
Kehadiran mereka di dalam masyarakat dipandang remeh dan dilihat ‘masih mentah’ dan ‘masih menyapu hingusan’.
Kalau dulu, merekalah yang paling hebat mengkritik dan menghentam kerajaan, maka sudah tiba masanya untuk mereka kembali kepada masyarakat dan membuat perubahan dalam sistem pentadbiran di tempat mereka yang sudah agak ‘usang’. Inilah tanggungjawab mereka.
Tapi kenapa mereka tidak diberi peluang?
Maaf!! Politik Saya ‘Kantoi’
Agak sukar untuk membuat perubahan dalam UMNO.
Semuanya telah terbukti dalam pemilihan di peringkat bahagian.
Hampir ‘pupus’ pemimpin pemuda yang bertanding di peringkat bahagian yang meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadinya.
Apa komen anda?
Tuesday, October 7, 2008
KETUA PEMUDA UMNO
Ingatlah, kekuatan UMNO hari ini boleh diibaratkan seperti sirih bertepuk pinang menari.
Di satu hari nanti kalau sirih bertepuk pinang tidak mahu menari, apa akan jadi kepada UMNO. Fikirlah masak-masak.
Saya ulang kenyataan saya..
“…UMNO bergantung kepada Pemuda dalam serba perkara. Sekiranya Pemuda kuat, kuatlah UMNO, dan sebaliknya jika Pemuda lemah, maka lemahlah UMNO.”
“…Saya suka berterus terang, jika parti kita sentiasa sanggup menjadi pemegang amanah rakyat dengan ikhlas, saya tidak bimbang akan cabaran dari pihak lain. Tetapi jika kita tidak ikhlas dalam menjalankan peranan kita sebagai pemegang amanah rakyat, sifat itu sendirinya akan mengaramkan kita. Sebaliknya, jika ahli2 menjadi pemegang amanah rakyat secara ikhlas, tetapi pertubuhan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang ikhlas, kekuatan kita akan menjadi pentas pergelutan kuasa sesama sendiri dan ini akan merugikan kita.”
Tak perlu takut kepada bayang2..
Pemimpin2 UMNO..Perwakilan2 UMNO perlu berani barubah..
Isyarat pilihanraya lepas telah kita terima..
Suara2 laman blog tidak mungkin diragui dan diperlekehkan untuk kali kedua.
Agenda utama saya adalah jelas:
- Memberi keyakinan dan menarik kembali generasi muda menyertai UMNO dan BN.
- Mengatasi cabaran2 di internet terutama laman-laman blog.
Semangat saya tak pernah luntur..
Keyakinan saya tak pernah tergugat..
Misi dan visi saya tak pernah terpadam..
Pendirian saya tidak pernah berjangak walaupun seinci. Saya sayangkan parti saya. Saya sayangkan bangsa saya. Saya tidak akan biarkan sesiapa pun yang mengkhianati dan menghancurkannya.
Saturday, October 4, 2008
AKAN ADA KEJUTAN DALAM PEMILIHAN PERINGKAT BAHAGIAN
Walaupun ‘wayang kulit’ bagi pemilihan parti Disember ini semakin kencang, semua perwakilan dinasihatkan agar menetapkan pendirian masing2.. Sapa yang perlu dicalonkan dan sapa yang tak perlu dicalonkan untuk bertanding pada pemilihan parti Disember ini..
Yang paling penting semua perwakilan perlu berani mempertahankan hak masing2.
Perlu berani bersuara dan menjaga etika masing2..
Ringkas sahaja nasihat saya :-)
Anda tentukan Naib Ketua Pemuda UMNO http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Calon 'Kuda Hitam' Tak Setuju Jika Sistem Kouta Pencalonan Dihapuskan
Kalau dari dahulu ‘isu kouta’ hanyalah gimik atau mungkin ‘panggung wayang’ yang tidak mungkin ada jalan penyelesaiannya, saya tidak bercadang untuk mendesak pucuk pimpinan agar memansuhkan sistem ini ;-)
Gambaran yang saya perolehi setakat ini:
- Sistem ini tidak perlu dihapuskan dalam Pemuda UMNO kerana hampir 80% perwakilan pemuda melayari laman2 blog dan forum2 internet. Pendirian mereka tetap sama iaitu calon Ketua Pemuda UMNO mesti mampu memikul cabaran di internet seperti sekarang ini.
- Dalam UMNO mungkin agak sukar, kecuali ramai pemimpin pemuda (35-40 tahun) yang mengambil tempat perwakilan bahagian ke persidangan Agong UMNO (G7). Daripada hasil mesyuarat cawangan, perkara ini sudah pun terjadi :-)
p/s: Berlagak sekali sekala :-)
P/s: kena tunggu kalau ada Calon F ;-)
'Akar Umbi' Tak Pernah Menyokong :-)
1- Setelah mengelajah ke seluruh negara, saya dapati 'akar umbi' menyokong saya untuk bertanding jawatan ini :-)
2- Atas desakan 'akar umbi', saya tawarkan diri untuk bertanding jawatan ini :-)
3- 'Akar umbi' menyokong penuh saya bertanding jawatan ini :-)
Banyak lagi contoh ayat 'akar umbi', tapi saya lupa :-)
p/s: Saya tidak akan tanding jawatan ketua pemuda jika 'akar tunjang' saya lemah ;-)