Saturday, December 20, 2008

PESANAN UNTUK SEMUA - JANGAN SOMBONG

  1. Jika berjumpa dgn kanak2, anggaplah kanak2 itu lebih mulia dari kita. Sebab kanak2 tidak melakukan dosa berbanding kita. Malangnya ada orang dewasa menjadikan kanak2 tempat mereka melepaskan perasaan marah, geram dan juga dendam. Siapa yang menjadikan kanak2 mangsa deraan, kalau tidak orang dewasa? Siapa yang tergamak melakukan begini kecuali orang dewasa yang memiliki sikap, cara fikir, prinsip hidup dan pegangan yang songsang?
  1. Tatkala bertemu orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. Namun ada sesetangah orang menganggap orang tua sebagai beban. Mereka memandang hina orang tua. Orang tua dianggap ketinggalan zaman, beku dan buruk. Padahal jika dilihat melalui perspektif yang berbeza, orang tua banyak memberi ikhtibar. Khazanah pengalaman hanya ada pada orang tua. Hidup ini tiada ertinya jika tidak diisi dengan pengalaman2 berguna.
  1. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dipelajarinya. Amat malang kalau orang alim di sesuatu tempat itu disisihkan. Dalam aktiviti2 kemasyarakatan, orang alim sepatutnya diberikan kedudukan yang istimewa sebab mereka adalah gedung ilmu. Memperlekehkan orang alim samalah seperti mengabaikan gedung ilmu hingga dimakan bubuk. Ia lambang rendahnya motivasi diri seluruh masyarakat.
  1. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. Andainya ini dapat difahami, sudah tentu perasaan sombong dan takabur tidak mudah bersarang dalam hati, sebaliknya akan berganti dengan rasa syukur kerana terhindar daripada berbuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  1. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat. Tanggungjawab setiap orang menyebarkan ilmu Allah, terutama kepada mereka yang tidak mengerti. Jangan sombong dan terus menghukum. Sepatutnya perlu mengambil inisiatif mengubah keadaan atau mengambil langkah mencegah. Sayangnya orang sombong akan terus melihat kesalahan di pihak lain sedangkan diri sendiri dianggap sentiasa bersih.
  1. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah. Kesilapan sebahagian dari kita ialah menjauhkan diri daripada golongan ini, walhal tiada siapa tahu nasib di penghujung usia masing2. Apakah hak kita untuk menghina lantaran kita sepatutnya harus menyampaikan menyampaikan dakwah kepada mereka.

6 comments:

redzuank said...

Menggunakan kanak2?
saya macam dah boleh agak persatuan mana. persatuan yang tak berdaftar.
Demokrasi ke Demo-Crazy?
Kononnya memperjuangkan demokrasi. Demokrasi ke macam tu?
Pilihanraya dah buat dah tahu sapa yg menang sapa yang kalah. Kalu dah kalah nak menang jugak tunggu le pilihanraya akan datang baru namanya demokrasi.
Apa? memperjuangkan hak asasi manusia?
Habis nak melanggar hak asasi pengundi yang dah membuat pilihan - pengundi tu bukan manusia ke? bukan rakyat ker?.
Sampai kehabisan idea menggunakan budak2. Yang banyaknya kaum bukan peribumi lagi tu. Demokrasi apakebende tu?

Faizal Zakaria's Blog said...

Betul tu..
Kalau rasa 'hero' sangat baik buat sendiri..

Jangan upah orang atau budak2 :-)

Luth Textile said...

bro..
amek la award tu..
dah masuk blog luth,
sila silakan!

Faizal Zakaria's Blog said...

ok :-)

rantong said...

Nice article. Baru tahu, sebenarnya sombong itulah tanda kebodohan kita. Kita kena berlapang dada agar senang ilmu masuk ke dalam hati.

Faizal Zakaria's Blog said...

Betul tu. Ianya lagi terserlah bila menafikan kebenaran dan lagi teruk jika berpakat ;-)