Friday, December 26, 2008

Orang Kampung FELDA Bukannya ‘bebal’

Petikan Sinar Harian
22 Disember 2008
“Felda bayar bonus minggu depan”

MARAN- Felda akan mula membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM144.44 juta kepada peneroka yang setia bersama agensi itu mulai minggu depan, kata pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Beliau berkata, bayaran bonus itu memberi gambaran positif Felda tetap menunaikan janji membantu warga peneroka walaupun dalam keadaan ekonomi masa ini.
“Setiap peneroka bersama Felda menerima bonus purata RM2,000 seorang dan ini memberikan sumber kewangan yang diperlukan khususnya menjelang permulaan sesi persekolahan akan datang,”katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian bonus itu kepada 84,581 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Ulasan:
bonus purata RM2,000 seorang - Belajar purata kat sekolah mana :-)
pengiraan ada di 'komen'

6 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...

Bonus Purata RM2,000 seorang – Tipu :-)

Dalam satu2 tanah rancangan Felda, kalau 300 peneroka, mungkin beberapa orang sahaja yang dapat yang dapat RM2,000.. Ada yang dapat RM700 atau RM600..

Mungkin separuh atau 150 orang tak dapat apa2 atau dapat RM‘0’.



Bayaran itu dibuat berdasarkan berapa Tan buah kelapa sawit yang dijual.
Adakah ini adil?
Bagaimana pula dengan yang tidak mendapat apa2 padahal mereka telah mengusahakannya dan tidak melepasi Tan yang diperlukan?

Kalau begitu…samalah yang kaya akan terus kaya…yang miskin akan terus miskin.

Walaupun sudah ada ‘spy’, lebih baik Datuk Seri Najib tengok sendiri Felda di Terengganu macam mana. Jangan jaga Pahang dan Johor je. Lain padang lain belalang :-)








p/s: Mula2 orang mungkin suka baca berita macam ini… Tapi lama-kelamaan mereka akan rasa ‘tertipu’, ‘bosan’, ‘menyampah’ dan ‘kecewa’.

p/s: Manusia itu mungkin boleh ditipu atau diperkotak-katikkan dalam beberapa tempoh, tapi tidak untuk selama2nya. Akan sampai kepada saat kebangkitan dan tuntutan kepada pembaharuan yang tidak mungkin dapat ditolak lagi oleh segala cara tipu daya. Fikir dan renung-renungkan :-)

jaam said...

DOKEK NOGORI SOMBILAN PUN SAMO..FELDA BUKIT ROKAN LAGI THOROOK...TAK DAPEK LANSUNG ..WALAUPUN HANTA HASIL KEK FELDA..ONTAH SKIL MANO YANG DIORANG IKUT BUEK LAPORAN...naik sodih orang2 tuo..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

itulah kerajaan kebajikan umno....tapi orang melayu selalu lupa dan tidak syukor bila pakai hasutan pas dll

Mr. Padedoh said...

Salam Sdr Faizal,
Analisis yg memang berisi. Sebenarnya dah lama saya berkokok pasal harga minyak kelapa sawit ni, sekarang baru depa nak mengorak langkah. Itu pun sekadar melepaskan batuk di tangga.
Teruskan perjuangan, para orang atas kena lebih prihatin.

Harimau-Menaip said...

Eloklah tu Tuan. Semakin di'clear'kan sawit2 tu, semakin nampaklah aksi belakang tabir. Hisap dadah, seks bebas dll.

Strategi 2 dalam 1? Mungkin kot.

Faizal Zakaria's Blog said...

Relax ar 'harimau-menaip'..
Kalau nak 'clear'kan semuanya, kami nak makan apa pulak ;-)