Saya mohon dan merayu para pemimpin, jangan banyak bermain politik kerana kami di bawah sudah letih dan layu dengan sikap itu.
Ingatlah, kekuatan UMNO hari ini boleh diibaratkan seperti sirih bertepuk pinang menari.
Di satu hari nanti kalau sirih bertepuk pinang tidak mahu menari, apa akan jadi kepada UMNO. Fikirlah masak-masak.
Saya ulang kenyataan saya..
“…UMNO bergantung kepada Pemuda dalam serba perkara. Sekiranya Pemuda kuat, kuatlah UMNO, dan sebaliknya jika Pemuda lemah, maka lemahlah UMNO.”
“…Saya suka berterus terang, jika parti kita sentiasa sanggup menjadi pemegang amanah rakyat dengan ikhlas, saya tidak bimbang akan cabaran dari pihak lain. Tetapi jika kita tidak ikhlas dalam menjalankan peranan kita sebagai pemegang amanah rakyat, sifat itu sendirinya akan mengaramkan kita. Sebaliknya, jika ahli2 menjadi pemegang amanah rakyat secara ikhlas, tetapi pertubuhan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang ikhlas, kekuatan kita akan menjadi pentas pergelutan kuasa sesama sendiri dan ini akan merugikan kita.”
Tak perlu takut kepada bayang2..
Pemimpin2 UMNO..Perwakilan2 UMNO perlu berani barubah..
Isyarat pilihanraya lepas telah kita terima..
Suara2 laman blog tidak mungkin diragui dan diperlekehkan untuk kali kedua.
Agenda utama saya adalah jelas:
- Memberi keyakinan dan menarik kembali generasi muda menyertai UMNO dan BN.
- Mengatasi cabaran2 di internet terutama laman-laman blog.
Semangat saya tak pernah luntur..
Keyakinan saya tak pernah tergugat..
Misi dan visi saya tak pernah terpadam..
Pendirian saya tidak pernah berjangak walaupun seinci. Saya sayangkan parti saya. Saya sayangkan bangsa saya. Saya tidak akan biarkan sesiapa pun yang mengkhianati dan menghancurkannya.
Tuesday, October 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
UMNO lahir di Malaysia – dulu Persekutuan Tanah Melayu hasil dari perjuangan yang ikhlas oleh pengasas-pengasas UMNO dulu kala dan pewaris-pewarisnya mestilah terdiri dari golongan yang betul-betul ikhlas untuk memperjuangkan bangsa, negara dan tanahair.
Pemimpin-pemimpin UMNO terkini mesti memimpin ahli-ahli muda UMNO dari segenap lapisan serta mengambil bakat-bakat baru di dalam UMNO untuk diketengahkan. Mana-mana ahli yang kelihatan berpotensi, lebih-lebih lagi dari generasi muda mesti diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan masing-masing. Ketua-ketua bahagian UMNO serta ahli-ahli jawatankuasa bahagian mesti memantau kebolehan ahli-ahlinya seolah-olah mereka jadi sebagai ‘talent-scout’ untuk mencari bakat-bakat baru. Kira-kira macam AF lah J
Pemimpin-pemimpin UMNO sediakala jangan sesekali menyekat pemohon-pemohon tertentu untuk memohon jadi ahli kerana takut kedudukannya terancam, lalu hanya mendidik saudara mara terdekat atau anak sendiri yang tidak ada minat jadi pemimpin yang akhirnya UMNO sendiri akan rugi kerana memiliki pemimpin kelas 2. Lebih baik jemput orang luar yang sudah terlihat bintangnya bersinar serta popularitinya lebih daripada sesetengah ahli Yang Berhormat yang duduk membisu atau mulutnya digam oleh Ketua-ketua Perhubungan Negeri. Pemimpin sebegini adalah kepimpinan tidak sihat atau disengajakan takut-takut akan melawan taukeh atau kebolehannya akan menonjol lebih dari Ketua-ketua Perhubungan Negeri. Kenapa Ketua-ketua Perhubungan Negeri mesti takut kepada bayang-bayang?
Jangan nak perasan. Saya memang tujukan untuk semua :-)
Memilih tokoh-tokoh popular dari luar UMNO mestilah berhati-hati supaya jangan jadi ‘pisang berbuah dua kali’. Jika seseorang itu bersifat ‘seperti musang berbulu ayam’ ingin menyertai UMNO dengan ‘track recordnya’ dari mula sudah membenci UMNO dan bersifat anti UMNO dan oleh kerana ditawarkan jawatan-jawatan tertentu barulah terhegeh-hegeh hendak masuk UMNO itu namanya terdiri dari golongan ‘oppurtunis’ dan biasanya golongan-golongan seperti ini memang akan jadi pemimpin setengah jalan. Kalau dapat peluang naik sekali pun dia tidak akan pergi jauh, lebih lebih sebagai Timbalan Perdana Menteri sahaja kerana jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah satu-satunya jawatan yang berdaulat. Hanya Allah s.w.t sahaja tahu hati perut hambanya dan tahap keikhlasan seseorang itu! Jangan sesekali kita terpikat dengan orang-orang yang pandai berpidato tapi hati perutnya busuk macam tahi kering.
Di tepi tepi jalanraya dan di pasar-pasar malam, ramai juga tokoh-tokoh yang pandai berpidato seperti penjual ubat kuat untuk lelaki. Mana-mana lelaki yang ada masalah memanglah terpengaruh dengan kata-kata penjual ubat tersebut yang memang pun terlatih untuk bercakap, pintar serta dengan semangat yang berkobar-kobar. Kadang-kadang kalah tokoh-tokoh politik tempatan.
Hendak jadi tokoh politik yang termasyhur di Malaysia ini tidak perlu ada kelulusan dari Universiti Cambridge dari England atau Harvard dari United State of Amerika. Tun Ghaffar Baba bekas Timbalan Perdana Menteri hanya berkelulusan Maktab Perguruan, tetapi beliau boleh naik tinggi ke atas melebihi orang-orang UMNO yang ada kelulusan PhD. atau tahap profesor. Orang yang berkelulusan cemerlang dan terbilang ini elok jadi dekan di pusat pengajian tinggi oleh kerana politik tidak diajar di Universiti di luar negara, lebih-lebih lagi di Harvard atau Cambridge iaitu Universiti yang terkenal dunia.
Diri seseorang pemimpin di dalam UMNO mesti bernilai dan menjadi aset kepada UMNO. Kalau diri dibenci oleh ahli dia seperti juga macam ada duri dalam daging. Pemimpin mesti pandai ukur diri sendiri kalau diri sendiri pun berpaut dengan populariti orang lain, apa hendak jadi jika orang yang dipaut itu sudah tidak ada. Jawabnya terloponglah jadinya dan untuk menghiburkan hati nyanyilah lagu “ Apa nak jadi… Apa nak jadi…. Sabar-lah Ali….”
Saya minta maaf sangat2… Kesian kat Ali..
Tapi…Sayang seribu kali sayang..
“…Mak dah pesan, jangan kenakan orang lain, nanti orang lain kenakan kita balik..” :-)
Akhir kata, saya ucapkan salam lebaran kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin. Tersurat dan tersirat. Yang berlalu dan yang akan berlaku.
Kepada semua perwakilan, selamat mengundi saya ucapkan. Pangkah betul2.. Jangan tanda ‘right’ pulak.. Saya doakan kejayaan anda semua.
Kebijaksaan, kepuasan, kesempurnaan dan kekuasaan yang mutlak adalah milik-Nya.
Kita jumpa di puncak kejayaan..
Sekian, wassalam :-)
P/S: Alhamdulillah…. Saya masih sihat ;-)
>>>> Forum Internet Klik Di Sini <<<<
Meniti buluh berkain pelikat
Ke rumah Pak lah, membeli berangan
Gilakan jawatan, gilakan pangkat
Maruah UMNO, digugat jangan.
Pak Lah pergi, Najib pun ganti
Kerusi timbalan, jadi rebutan
Janganlah digadai maruah parti
Perjuangan UMNO, rakyat diutamakan.
UMNO teringin, negeri Kelantan
PAS pun kata, pergilah mati
Rebutkan pangkat, rebutkan jawatan
Janganlah sampai, UMNO plak yang mati
Politik tetap politik. Bagi ahli-ahli fikir Yunani, manusia itu semulajadi haiwan politik, dan semua jenis perhubungan manusia dalam masyakat bersifat politikal. Namun bari Aristotle, ilmu politik itu adalah ibu kepada segala ilmu. Jika dilihat daripada satu segi, politik sememangnya boleh merangkumi kesemua aktiviti manusia. Apabila politik dilihat sebagai proses berhubung sesama manusia yang melibatkan kuasa, semua individu dalam masyakat akan bersifat politikal…. Inilah realiti politik. Pengertian am dan pengertian khusus bidang ilmu sains politik. Berapa ramai ahli politik hari ini memahami hakikat dan pengertian politik sebenarnya. Bila politik ini menjadi begitu penting sehingga orang sanggup buat apa sahaja demi untuk politik.
Assalamu'alaikum Encik Faizal...
Semoga berjaya menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno. Semoga menjadi pemimpin yang menjadi kebanggaan rakyat. Kita selaku politikus mudalah yang bertanggungjawab mengubah senario politik negara ke arah yang lebih baik (malah jauh lebih baik) daripada apa yang berlaku sekarang ini.
Selagi nawaitu kita betul untuk mengubah nasib rakyat dan membantu rakyat dengan tulus dan ikhlas, insyaAllah... kita akan berdiri teguh sebagai pemimpin, walaupun diduga dengan pelbagai cabaran dan halangan.
Ikhlas,
EZZA FAZLINA (PUTERI EZZA)
http://puteriezza.com/
Saya cadangkan supaya saudara buat sidang akhbar bagi menyatakan maksud saudara. Masih belum terlambat. Saudara perlukan keberanian yang tinggi untuk menjadi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kalau tidak ada keberanian, payah untuk hadapi cabaran yang bakal mendatang.
buat perubahan drastik utk UMNO
Perjuangan Belum Selesai!
TAHNIAH
Dengarnya Tuan dah menerima pencalonan Naib Ketua Pemuda dari Pemuda UMNO Machang.
Semoga berjaya.
Tapi yang menghairankan, Tuan dari kem YB KJ ker/
PERANG TERBUKA SUDAH BERMULA
Gendang perang sudah dipalu. Bermula di Machang, Kelantan pagi tadi, disusuli di Kimanis, Sabah. Yang pasti, keputusan mengejutkan berlaku di Machang, Kelantan.
Machang yang dikenalpasti kubu kuat Dato’ Mukhriz, tembus juga dengan serangan jentera KJ. Semangat ‘Setiakawan’ KJ telah menghukum semangat ‘Berani Berubah’ Dato’ Mukhriz, `Pemuda Berubah’ Khir Toyo dan `Perjuangan Rakyat’ Dato Zahidi.
Tahniah buat KJ. Ini juga membuktikan semangat demokrasi tetap subur dalam UMNO. Sesiapa sahaja layak untuk menawarkan diri, terpulang kepada akar umbi untuk menilai dan memilih pemimpin mereka.
Tahniah juga buat sahabat blogger kita, saudara Faizal Zakaria (www.pro-faizal.blogspot.com) yang dikatakan telah mendapat pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tahniah juga buat Ketua Pemuda Cawangan aku, (Cawangan Bangsar Baru), saudara Sazali Kamilan yang juga merupakan Bakal Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai (dah menang tanpa bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai) yang terpilih sebagai salah seorang calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia.
Selamat berjaya untuk semua yang bertanding.
Maafkan diriku, rupa-rupanya yang mendapat pencalonan Naib Ketua Pemuda di Machang tadi bukannya Faizal Zakaria, tetapi Faizal Kapar.
Tuan Faizal, maafkan hamba. Sesungguhnya, walaupun nama kita sama… tapi rupanya ada Faizal ketiga. Faizal yg mendapat pencalonan Naib Ketua Pemuda di Machang tadi ialah Faizal Abdullah dari UMNO Kapar.
Ianya bermula apabila seorg sahabat press dr Kelantan bertanyakan pada saya …. Siapa Faizal Zakaria dr Terengganu. Terus saya teringatkan Tuan Pro-Faizal nie…. Kemudian saya telah minta sahabat press tu untuk membuka blog saudara.
Okeylah, sekali lagi saya mohon maaf di atas kesilapan saya sebelum ini. Semoga Tuan meneruskan perjuangan saudara. Salam perjuangan dari Sahabat-Gunung.
Jangan jadi menang sorak negara tergadai sudah le.......
LAWAN TETAP LAWAN
Ok Faizal teruskan perjuangan. Dan, saya nak nasihatkan, jika ditakdirkan anda tidak menang, bekerjasamalah dengan yang menang. Ingat, walau tak menang, kita boleh juga mencurahkan bakti pada Umno dan BN. kemenangan dan jawatan, bukanlah segala-galanya. Dan ingat, jauhi politik wang. Ingat, tuhan maha adil. kalau ada rezeki jadi ketua pemuda, takkan ke mana. Dan kena ingat, orang yang dapat jawatan itu dengan cara yang tak jujur, tunggulah pembalasan dari tuhan.
Dan, saya berserulah sangat-sangat pada pemuda Umno, tolonglah dekati golongan orang buta. mereka ni, amat benci pada BN. Jadi, tolonglah dekati mereka ini. Mereka seperti mana yang saya kata di blog saya, tidak hargai apa yang mereka terima dari BN.
Pemimpin UMNO harus memberi peluang kepada generasi baru untuk menunjukkan kebolehan. Ini kerana generasi barulah yang akan menggantikan tempat mereka nanti.
Apa mereka sudah tidak sedar "kubur sudah memanggil" tetapi mereka masih lagi asyik berpegang pada jawatan.
ikuti ulasan saya berkenaan khairy di azlishukri.blogsapot.com
Ok, kalau ada masa, saya jengah.
Erm...
Nampaknya ramai yang keliru..
saya takkan main tikam belakang...
Diam tidak bermakna saya kecewa..
Diam tidak bermakna saya tewas..
Diam tidak mengaku kalah..
Diam tidak bermakna saya sudah kecuncang..
Kita tengok..
Apa strageti...Agaknya ;-)
Ok bagus tu kalau jujur. kalau tak dapat jawatan, bantulah juga Umno.
Assalammualaikum,tahniah saudara jika benar saudara berniat untuk bertanding sebagai ketua pemuda umno malaysia,tahniah juga kerana niat yang ingin membawa perubahan kepada umno itu sendiri,nasihat saya kepada saudara,dari pengalaman saya bertanding exco pemuda dahulu,bertandinglah dengan penuh jujur dan ikhlas,jangan sesekali menggunakan wang sebagai landasan untuk menang,teruskan perjuangan saudara say berharap saudara juga dapat memberikan pencalonan dan undi kepada saya untuk ahli majlis tertinggi,insyaALLAH
yb nasir
Nampak gaya tak tandinglah ketua pemuda ni :-(
Tanding apa bendanya..
Satu pencalonan pun dapat :-)
Hanya orang yang main hulur duit je dapat pencalonan walaupun memang ada nak calonkan saya. tapi pengaruh masih kecik :-(
Betul.. Jawatan tak penting dan tak kekal untuk kita..
Perjuangan mesti diteruskan jugak :-(
itulah pak lah rasa dll pun begitu... bukan senang nak senang, bukan senang nak jadi pemimpin
Ya betul tu. Bukan senang nak jadi senang, tapi bukan main senang nak jadi jahat.
Post a Comment